Saturday, 11 November 2017

Cameron Fair bakal menjadi mercu tanda di Tanah Rata, Cameron Highland

Assalamualaikum semua di sini..semoga sihat wal afiat..Insyallah

Hari ni cuma nak konsgikan sedikit tambahan dari perkembangan terkini di Pekan Tanah..Opss sekarang ni Bandar Tanah Rata tau..

Kenapa? Ok, sambungannya dari Posting yang lepas 


yang mana ada saya sentuh berkenaan CAMERON FAIR.. Ya.. yang Komplek beli belah di tengah tengah Bandar Tanah Rata tu..
 Ye lah.. (Bukan nk promote, cuma nk kongsikan info sahaja ye.. sungguh saya tak dapat apa apa pun)

Sedikit perkembangan dengan gambar. Lebih mudah dilihat rasanya..
Yang gambar di atas tu haa.. dah siap dah pun. dijangka akan dibuka di awal tahun 2018..Moga moga lagi meriah lah lepas ni jika berkunjung ke Tanah Rata, Cameron Highland.

Perancangan yang telah dbuat dan terletak betul betul di tengah tengah lokasi Tanah Rata yang berhampiran dengan Komersial Lot, Gerai Makan, Cenderahati, Hotel, Bajet Hotel, Bank, Pasaraya Mini, Restoran, Klinik, Majlis Perbandaran, Pejabat Pos, 7 Eleven, dan byk lagi..semuanya agak mudah berbanding dahulu kala.


 Harap harap cepat dilancarkan dengan pembukaan pelbagai butik, kedai, restoran dll. Dengar kata akan ada Hotel juga di sebelah atasnya yang mana sebahagian adalah Hotel dan sebahagian lagi adalah Unit rumah Apartment. Di bawahnya adalah tempat Parkir..

Tak sabar rasanya nak berjalan-jalan di sekitar Kompleks baru ni.. Macam mana suasananya pula, adakah seperti di ArandaNova, yang berdekatan Kea Farm tu? Kita tunggu saja nanti...

Wassalam wbth.

Ikhlas berkongsi maklumat, info dan idea dari,
Azai Homestay, Cameron Highland
0133995343




Saturday, 21 October 2017

Pemandangan keindahan dari Balkoni Royal Lily D1

Assalamualaikum..

Salam segar pagi, semoga anda semua sihat sejahtera.

 Pemandangan yang agak menarik juga jika dapat berehat di sini.. Sambil pulak dapat sarapan pagi dengan air Teh Tarik... Perghh..sedap juga kena air panas di masa cuaca dan suhu agak sejuk.

Ok. Saja je nak berkongsikan pemandangan dari Balkoni Unit D1, Azai Homestay D'Royal Lily yang dapat kelihatan suasana langit, awan, perumahan di kawasan royal lily, juga kelihatan di kawasan Tanah Rata, sedikit di GreenHill dan Heritage Hotel .

Semoga Tuan Tuan, Puan Puan juga akan turut merasai keindahan, pemandangan dan suasana di Cameron Highland ni khas nya jika menginap di Azai Homestay.
# Jika anda tidak dapat menonton video tersebut, sila rujuk ke halaman page, www.facebook.com/azaihomestaycameron 

Hubungi sahaja kami di 013-3995343 atau 0195492320 untuk menanyakan kekosongan atau tempahan.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam wbth.

Wednesday, 6 September 2017

Suasana awal pagi serendah 15-16 darjah celcius di Tanah Rata, Cameron Highland

Salam Rahmat Salam Iman,

Sejuk, Segar, Tenang, Aman, Damai, apa lagi yang boleh diungkapkan jika cuaca pada pagi ini semacam ini..


Fuuh Best.. Alhamdulillah..Syukur atas Nikmatmu..

Posted by a member in Cameron Highland Group.. Pada 5/9/17.

Terima Kasih. Cuma nak kongsikan suasana dan keadaan di pagi hari di kawasan pekan Tanah Rata, Cameron Highland.. Perghh.. Menarik kan?

Apa tunggu lagi, Jom hubungi dan tempah Homestay di Apartment Royal Lily atau Apartment Suriana di Tanah Rata, Cameron Highland. Homestay muslim dan sesuai untuk penginapan sekeluarga yang dilengkapi dengan peralatan dapur, ruang tamu, ruang rehat balkoni dan parkir yang mudah lagi selesa.

#azaihomestay
#homestaycameron
#cameronhighland
#tanahrata
www.facebook.com/azaihomestaycameron
www.azaihomestay.blogspot.my
www.wasap.my/60133995343
013-3995343 / 019-5492320

Saturday, 12 August 2017

D' Suriana Apartment yang terkini

Assalamualaikum..Salam pagi salam ceria salam barokah..

Pagi ni cuma nak kongsikan gambar terkini untuk Suriana Apartment di Tanah Rata..


Saiz keluasan agak luas dan lebih selesa, persekitaran yang agak lebih sejuk mungkin disebabkan oleh berdekatan bukit dan jenis lantai mozek. Bilik Air, ada 2 unit, jadi tak risau kalau ada yang dalam kecemasan serta Pemanas Air di setiap bilik air. Disediakan juga dengan kelengkapan Kipas Siling, Seterika & Papannya yang memberi kemudahan untuk menseterika baju atau tudung sebelum keluar berjalan. Dapur? hah tak yah cerita lah..sebab byk sgt benda nak disenaraikan disini, yang penting benda asas yang selalu guest tanya adalah Periuk Nasi, Peti Ais, Dapur, periuk, kuali serta disediakan juga Blender ( Mesin Pengisar ), mana tahu ada yg nak masak Nasi Lemak ke.. kan..

Cuma untuk masa ini Mesin basuh belum disediakan. Insyallah akan diusaha kan..itupun jika ada kesesuaian dengan harga sewa.. boleh ke nak naikkan harga sewa jika ada kelengkapan istimewa seperti Mesin Basuh atau pun Microwave? Hummm nanti kata mahal pulak..tak pa takpa.. harga belum lagi diputuskan.. Insyallah jika ada sokogan yang berterusan mungkin akan dikekalkan harganya dan ada tambahan kelengkapan istimewa. Janji nak datang Cameron hubungi kami untuk menginap di Azai Homestay ye....

Kelebihan di Azai Homestay Suriana ni.. Yang penting Ada LIF.. ada Keselamatan, Pengawal..Hinggakan nak masuk lobi di ground floor pun kena guna Kad Akses tu.. 


 Ni lah secara ringkas kelengakapan dan info di Suriana Apartment, Azai Homestay, Cameron Highland.

Untuk makluman lanjut kekosongan dan tempahan boleh hubungi kami di

013.3995343 / 019.5492320
www.wasap.my/+60133995343

Azai Homestay Cameron Highland

Monday, 7 August 2017

Plan bercuti untuk Ogos hingga September 2017

Assalamualaikum..wbth

Berjumpa lagi kita di sini di Blog Azai Homestay, hanya untuk muslim sahaja.

Cuma nak ingatkan takut ada yang lupa appy cuti dan buat tempahan tempat penginapan untuk bercuti. Dah boleh plan cuti ni.. Ogos sampai September.. tapi kalau nak semak atau tempah untuk Cuti Sekolah Hujung tahun November hingga December juga diterima. Bergantung kepada Kekosongan lah ye.

Kemaskini Cuti sepanjang Ogos hingg September 2017 
#CutiSekolah
#CutiMerdeka
#CutiRayaHaji
#CutiAgong
#CutiHariMalaysia
#CutiAwalMuharram



Jika nk bercuti ke Cameron Highland dan cari penginapan, jangan malu malu nak tanya kekosongan dan harga.. boleh call, sms atau whatsapp bila bila masa je... Wassalam wbth
 
#0133995343
#0195492320
#azaihomestay
#cameronhighland 
www.wasap.my/+60133995343
www.wasap.my/+60195492320

Friday, 26 May 2017

Salam Ramadhan dari Azai Homestay...

Esok sudah puasa..esok sudah puasa..

Kan? Esok Puasa... 1 Ramadhan.. ada lagi ke yang dah lupa niat Puasa tu?


Haa kan.... ikut ja lagu..Insyallah ingat tu..

Ok Baiklah.. sempena kedatangan Bulan Puasa, Bulan Ibadah iaitu Bulan Ramadhan...
Pihak Azai Homestay mengucapkan

"SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT..1438H"

#Ingin menginap dengan Harga yang Istimewa Sempena Ramadhan?

Whatsapp atau klik link -->  www.wasap.my/+60133995343


 #SalamRamadhan1438H

Thursday, 11 May 2017

PROMO Terkini sehingga 27 May 2017


Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Semoga pagi ini membawa keceriaan, kesegaran, kekuatan dan semangat hari baru..

Cuma nak kongsikan PROMO Terkini..

Sepertimana yang diwar-warkan di Page Facebook
www.facebook.com/azaihomestaycameron  

Anda cuma perlu "Like" Page posting Facebook tersebut & Whatsapp menghubungi kami di Whatsapp ke
www.wasap.com/+0133995343

dengan memberikan #SecretPassword "AZAIHOMESTAYTERRBAIK" anda akan mendapat Harga Istimewa dengan potongan diskaun sehingga 27hb May 2017 bagi yang membuat tempahan awal sahaja.

AZAI HOMESTAY D'SURIANA

AZAI HOMESTAY D'ROYAL LILY

#SecretPasswordAZAIHOMESTAYTERBAIK
#PROMO Selagi ada Kekosongan. Tempahan Awal digalakkan.

Sekian & Terima kasih.

Wassalam wbth.